BELLINGHAM, Wash., May 17, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- eXp Realty®, syarikat broker hartanah bebas terbesar di dunia dan anak syarikat utama eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI), hari ini mengumumkan pelancaran rasmi operasinya di Ecuador, memperluaskan lagi pengembangan pesat syarikat di seluruh Latin Amerika. Langkah ini dipimpin oleh Kléver Guanoluisa Torres, salah seorang profesional hartanah paling berpengaruh di negara ini, yang sebelum ini mengetuai pasukan jualan hartanah terbaik Ecuador di RE/MAX. Kléver memiliki hampir 30 tahun pengalaman dalam industri hartanah, bimbingan dan pembangunan perniagaan. Beliau telah melatih lebih daripada 2,000 ejen di seluruh Amerika Latin dan diiktiraf secara meluas atas pendekatan kepimpinannya yang menekankan pertumbuhan peribadi, prestasi profesional, dan kejayaan jangka panjang ejen. “Reputasi Kléver sudah cukup menunjukkan kebolehannya. Beliau terbukti sebagai seorang pemimpin yang dipercayai dalam komuniti hartanah Ecuador,” kata Felix Bravo, Pengarah Urusan Antarabangsa di eXp Realty. “Keputusan beliau untuk menyertai eXp mencerminkan perubahan yang semakin ketara dalam kalangan pemimpin industri yang mencari model yang memperkasakan ejen melalui pemilikan, inovasi dan peluang tanpa sempadan.” Kléver berkata bahawa menyertai eXp bukan sahaja membuka lembaran baharu dalam kerjayanya, tetapi juga bagi generasi baharu profesional hartanah di Ecuador. “eXp menghimpunkan segala yang saya percaya diperlukan oleh ejen untuk berjaya: kebebasan untuk memimpin, alat untuk berkembang dan komuniti untuk bertambah maju,” kata Torres. “Ini lebih daripada sekadar perubahan kerjaya. Ia merupakan komitmen terhadap masa depan yang lebih baik untuk ejen di seluruh negara.” Dengan pengembangan ini, ejen di Ecuador mendapat akses kepada model broker berasaskan awan eXp. Manfaat utama termasuk struktur komisen yang kompetitif yang disesuaikan dengan keperluan pasaran tempatan, peluang pemilikan ekuiti dan perkongsian hasil (tertakluk kepada pematuhan peraturan tempatan) serta rangkaian global yang merangkumi lebih daripada 81,000 ejen di 27 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang membina dengan eXp di Ecuador, layari exprealty.international. Perihal eXp World Holdings, Inc. eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI) (“Syarikat”) ialah syarikat induk untuk eXp Realty® dan SUCCESS® Enterprises. eXp Realty merupakan syarikat pembrokeran hartanah bebas yang terbesar di dunia dengan lebih daripada 81,000 ejen di 27 lokasi antarabangsa. Sebagai syarikat pembrokeran berasaskan awan dan berpusatkan ejen, eXp Realty menyediakan pembahagian komisen, perkongsian hasil, peluang pemilikan ekuiti terbaik dalam industri kepada ejen hartanah dan juga rangkaian global yang memperkasakan ejen untuk membina perniagaan yang berkembang maju. Untuk maklumat lanjut tentang eXp World Holdings, Inc., layari: expworldholdings.com. SUCCESS® Enterprises, yang diterajui oleh majalah SUCCESS®, telah menjadi nama yang dipercayai dalam pembangunan peribadi dan profesional sejak 1897. Sebagai sebahagian daripada ekosistem eXp, ia menyediakan akses kepada sumber berharga untuk meningkatkan kemahiran ejen, mengembangkan perniagaan mereka dan mencapai kejayaan jangka panjang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang SUCCESS, layari success.com. Safe Harbor dan Kenyataan Prospektif Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan prospektif sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan ini mencerminkan jangkaan semasa Syarikat dan pengurusannya tetapi melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh memberikan kesan kepada keputusan sebenar secara material. Kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan tentang pertumbuhan ke peringkat antarabangsa, kejayaan ejen secara individu dan ketersediaan program pemilikan ekuiti. Faktor penting yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material dan buruk daripada yang dinyatakan dalam kenyataan prospektif termasuk ketidaktentuan pasaran hartanah, perubahan dalam pengekalan atau perekrutan ejen, keupayaan Syarikat untuk berkembang dengan jayanya dalam pasaran antarabangsa, tekanan persaingan, perubahan kawal selia dan risiko lain yang diperincikan dari masa ke semasa dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada Laporan Suku Tahunan yang difailkan baru-baru ini pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K. Kami tidak mempunyai kewajipan untuk mengemas kini kenyataan ini kecuali sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang. Hubungan Media eXp World Holdings, Inc. [email protected] Perhubungan Pelabur Denise Garcia [email protected] Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cdf2aaa0-29d4-4e29-ba98-d46ed1b6fe45
Pasukan Jualan Hartanah Terbaik Negara Menyertai eXp Realty yang Baru Dilancarkan di Ecuador, dengan Kléver Guanoluisa Torres Menerajui Lonjakan Pertumbuhan di Amerika Latin
You are reading a free article with opinions that may differ from the recommendation given by Kalkine in its paid research reports. Become a Kalkine member today to get access to our research reports, in-depth technical and fundamental research.
Start Your Free Trial Now!Not sure where to invest today?
Kalkine’s latest research highlights three companies identified through in-depth analysis and market insights.
Explore these research reports to learn about companies currently being tracked by our analysts and make more informed investment decisions.
View 3 Research ReportsThis information, including any data, is sourced from Unicorn Data Services SAS, trading as EOD Historical Data (“EODHD”) on ‘as is’ basis, using their API. The information and data provided on this page, as well as via the API, are not guaranteed to be real-time or accurate. In some cases, the data may include analyst ratings or recommendations sourced through the EODHD API, which are intended solely for general informational purposes.
This information does not consider your personal objectives, financial situation, or needs. Kalkine does not assume any responsibility for any trading losses you might incur as a result of using this information, data, or any analyst rating or recommendation provided. Kalkine will not accept any liability for any loss or damage resulting from reliance on the information, including but not limited to data, quotes, charts, analyst ratings, recommendations, and buy/sell signals sourced via the API.
Please be fully informed about the risks and costs associated with trading in the financial markets, as it is one of the riskiest forms of investment. Kalkine does not provide any warranties regarding the information on this page, including, without limitation, warranties of merchantability or fitness for a particular purpose or use.
Please wait processing your request...